Monday, April 19, 2010

Pertandingan Sepak Takraw Dan Dam Haji

adooo la, banyak sungguh program aku minggu nie, bermula dari kelas memasak, himpunan pemuda dan esoknya aku kena bersama dengan ajk aku menjayakan kejohanan sepak takraw tertutup DUN Wakaf Bharu.

alhamdulillah syukur kepada Allah kerana menolong kami dalam menjayakan kejohanan tersebut, ye la mana tak risaunya, sebelum kejohanan berlangsung macam2 hal berlaku, dengan yuran penyertaan yang mahal sampaikan para peserta pun pakat dok protes sampailah kepada nilai hadiah yang masih tak menentu..tapi akhirnya ianya dapat dijayakan dengan sempurna dan jaya. terima kasih aku nak ucapkan kepada para jawatankuasa yang menjayakan kejohanan tersebut, pihak YB WB, Tuan Bon dari Jabatan Jenayah Narkotik Tumpat, penghulu dan para peserta...ooo tak lupa juga sokongan moral yang diberikan oleh pihak MILO yang menaja minuman percuma petang tuh.

johan pada hari tu jatuh kepada team muda dari KOk Seraya...hebat budak tuh!! kalu dilatih dengan baik, aku rasa dia boleh jadi pelapis negara.

pada sebelah malamnya pula, aku kena ganti YB WB menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan dam haji, fuh!!! ni pun kan main lagi sambutannya, ramai yang join sampaikan dari luar WB pun ada...hadiahnya pun lumayan gak. johan dapat la RM250, naib johan RM150 dan beberapa hamper yang besar2.

tentang gambar2 untuk kejohanan tu, nanti la aku siarkan, ada ngan kawan aku, tak sempat lagi aku nak amik dengan dia tuh.

ok la my pren, aku go dulu la, nak solat asar lak nie...ermm tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi...kan? hah korang pun jangan lupa solat tau....

assalamualaikum.

No comments: