Friday, April 16, 2010

Himpunan Pemuda Bersama Pimpinan

Assalamualaikum...haa ingat tak lagi ngan aku? hari tu aku dah janji nak tulis lagi tentang program2 aku sepanjang minggu ni...so, hari nie aku kotakan janji aku. dah mata aku masih tak ngantuk lagi walaupun jam dah kul 1.50 malam, aku rasa bercerita ngan korang lagi baek..kan? bini aku dah lama dah lena...ermmm alahai !!!

Program ni aku anjurkan pada tarikh 15/4/2010 yang lalu, bertempat di sekolah agama/arab mardhiah kubang batang..namanya program Himpunan Pemuda Bersama Pimpinan.

aku target la kehadiran pemuda seramai 100 orang dalam program tu sebab aku nak bagi ilmu2 berguna kat diorang nie dengan pandauan dari tokoh2 lama dalam perjuangan Islam. sebabnya aku tengokkan diorang nie memang tak semangat langsung nak bergiat dalam politik kepartian Islam. so, bila aku bagitau kat Yb aku yang kehadiran pemuda seramai 100 orang, dia macam tak yakinla dengan kehadiran tersebut memandangkan pemuda sekarang semacam lesu dan tak bertenaga. tapi alhamdulillah, kehadiran yang didaftarkan melebihi target aku la sampaikan aku buat 100 helai baju pun tak cukup.

alhamdulillah syukur sangat ke hadrat Allah SWT kerana memakbulkan hasrat murni aku ini..aku juga berterima kasih kepada YB Dato' Hj Omar (ADUB Perupok) kerana sudi dengan pemuda aku, banyak memberi semangat dan nasihat. juga kepada YB aku Hj Che Abdullah Mat Nawi..serta semua saf kepimpinan pemuda DUN wakaf bharu dan juga para peserta. tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

tujuan aku buat program ni adalah sebagai pembakar semangat juang kepada pemuda aku nie supaya bangkit berjuang kembali melawan musuh2 agama yang siang malam dok rancang dan susun strategi nak menjahanamkan Islam. yang aku heran sangat tuh musuh Islam ni bukannya orang kafir tapi orang yang bernama dengan nama Islam, yang sembahyang seperti aku, yang berpuasa, yang keluarkan zakat juga tapi dalam masa yang sama tolak Islam yang syumul bahkan memilih pula pemimpin2 yang korup untuk memimpin mereka. barangkali mereka anggap Islam tu hanya sekadar ngucap, sembahyang, puasa, zakat, haji, sedekah....tu ajer kot. kalu politik nie tiada yang Islam kot.

ni la dunia akhir zaman kan? manusia dah lupa asal usul mereka dari tanah dan kepada tanah la jua dikembalikan...Alfatihah kepada arwah abah dan atuk aku!!!

No comments: