Hari nie (25/9/2010) DUN Wakaf Bharu telah melakarkan satu sejarah baru apabila teah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program kerakyatan dengan nama CAKNO RAKYAT. di samping itu ada enam lagi DUN lain yang menjalankan program serupa serentak pada hari nie.
Aku sebenarnya jadi penolong pengarah 1 program tersebut. emm memang penatla dok main ngan orang ramai nie. tapi alhamdulillah la, prog nie mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai.
Banyak la program/acara2 yang menarik yang telah disusun pada hari tu...permainan sukan rakyat la yang mendapat sambutan sekali. ada sepak likung, lari dalam guni, rebut kerusi dan macam2 lagi la.
Tak ketinggalan juga ada pertandingan menghias khemah terbaik yang mana ditawarkan hadiah juga yang cukup besar iaitu johan akan mendapat sekor lembu, kedua akan dapat dua ekor kambing dan tempat ketiga akan mendapat seekor kambing. fuh!!! dengar aje hadiah yang ditawarkan tu hebat2...abis pakat berebutla puak2 nie dok hias khemah. sayangnya aku tak tau la khemah UPU mana yang terbaik sebab malam pengumuman pemenang tu aku tak de kat situ...ada hal beb.
Di samping tu ada juga persembahan silat yang mana gimik kemuncaknya YB Dato Mejar (B) Anizam turun bersilat dengan Penghulu Kebakat ( Kampung aku la tu )Ramli Awang Teh. hebat juga Yb Kemahang nie bersilat...maklum la pesara tentera..kan?
korang boleh la tengok gambar-gambar yang sempat aku ambiil masa program tu berlangsung...tengok la yer...sudi2 la...
No comments:
Post a Comment