Monday, October 11, 2010

TAZKIRAH DIRI

Assalamualaikum....

Aku baru je lepas balik dari solat isyak, kebetulan malam ni aku kena gantikan sorat ustaz yang tak dapat hadir untuk bagi kuliah maghrib, jadi pihak masjid telah jemput aku untuk bagi kuliah pada mereka malam nie.

Jadi malam nie aku pilih tajuk "Kamu Adalah Sebaik-baik Ummah"...ntah la aku rasa tajuk nie paling relevan untuk aku perjelaskan kepada para jemaah...lagipun masjid tu belum lagi pernah aku ke sana...Masjid Kg Laut.

Sememangnya kita adalah manusia yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia sejagat, sebabnya kita terpilih untuk memikul amanah sebagai pembawa panji2 Allah SWT di atas muka dunia ini menggantikan Rasulullah SAW.

Sebab itu kita dihalang daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT, ini kerana apa yang perlu kita bawa untuk menghadap Allah SWT adalah amal ibadat, kebaikan, kebajikan dan jariah yang kita lakukan, bukan pula segala bentuk kejahatan.

Allah SWT tidak menilai segala rupa paras dan kekayaan seseorang untuk menempakkan diri kita di surgaNya tetapi Allah melihat apa yang ada di dalam hati kita...segala keikhlasan kita di dalam melakukan suruhan Allah SWT itulah penilaian Allah terhadap diri kita. Jangan kita menganggap segala kekayaan, kesenangan, raut wajah yang cantik jelita dan kesombongan diri sebagai bekalan yang akan kita bawa mengadap Allah. Itu semua tiada nila bagi Allah SWT

Dalam satu hadis, Allah SWT berkata "Jika sekiranya dunia ini ada nilai sebelah sayap nyamuk saja, maka Allah SWT tidak akan memberi makan kepada orang2 kafir". Ini lah bukti betapa dunia ini tiada nilai sedikit pun bagai Allah SWT, justeru itulah maka Allah SWT telah menunjukkan sifat kasihan belasnya kepada sekalian makhluknya baik yang beriman atau yang kufur.

Sekian wassalam.

No comments: