ADUN Wakaf Bharu sekali lagi mengorak langkah ke hadapan di dalam membela nasib para petani di DUN nya dengan memberikan sumbangan berbentuk sebuah jentera pembajak untuk kegunaan para petani yang mengusahakan tanaman tembikai madu.
Selain daripada penyerahan jentera pembajak itu, majlis tersebut juga diserikan dengan penyerahan sumbangan mesin-mesin kecil untuk digunakan bagi menambahkan lagi pendapatan penduduk sekitar.
Tahniah diucapkan kepada YB Che Abdullah Mat Nawi di atas keperihatinan beliau terhadap nasib para penduduk.
Aku pun ada juga di majlis tu, sebelumnya iaitu pada awal pagi, majlis penyampaian baja organik kepada penduduk Siam di kg Kok Seraya. Selepas di Kok Seraya, kami bergegas pulak ke Kg Tempoyak untuk majlis penyerahan tu.
Akhir sekali, majlis diakhiri dengan jamuan laksa...fuh!! kenyang dapat makan laksa...
##BERTANI SATU IBADAH##
No comments:
Post a Comment