Aku telah diijabkabulkan dengan gadis pilihanku pada tangal 5 Syawal tahun 2009..maknanya sekarang nie dah genap setahun aku telah berkahwin dengan isteriku HAFIZAH.
Aku berkenalan dengan isteriku ni bukannya lama sangat, iaitu lebih kurang sebulan jer la iaitu semasa aku gi kursus penolong kanan pentadiran di kedah.
Tapi sebenarnya aku telah kenalinya sejak awal tahun lagi. tu pun semasa dia pergi ke sekolahku menemani kawannya yang ada hal denganku. masa tu la aku jatuh cinta dengannya tapi ye la setakat berkenan aje la kan. bukannya ada sesapa yang nak tolong rekemankan kat aku.
Dah nak jadi jodoh aku, akhirnya naik pelamin jugala aku dengan isteriku yang tercinta ini. aku bangga dan bertuah beristerikannya sebab dia seorang yang understanding, cariying dan baik dalam melayaniku. susah dah nak cari isteri macam isteriku ini....takder banyak kerenah beb!!
Emm...pantang tengok aku balik keje...mesti dia akan tanya aku nak minum air apa bila dah tengok berehat. kadang tu macam dok kat restoran lak rasanya, baik punya layanan...heheh.
Aku pula jenis suka bawa isteriku pi jalan-jalan ronda-ronda, yela bila aku free la...cuma buat masa ni aku tak sempat lagi la nak bawa dia pergi makan angin jejauh...hanya dalam negeri ajer baru. nanti tengok la, aku pun dok hitung2 dah nak bawa dia pergi makan angin kat genting highland..tu pun kalu ada rezeki la...tungu dan lihat aje la yer.
Anak..? erm aku belum ada rezeki lagi la nak timang cahaya mata...bukan tak usaha bahkan dah usaha tapi dah belum ada rezeki lagi...nak buat macam mana kan? emmm korang ada ker cara nak dapatkan anak...maksud aku dengan usaha2 lain la...tapi kan aku baru kawin, mana leh terus nak dapat anak...slow2 la wei....heheh.
Bawah nia gambar masa aku kawin...ish tak leh nak bayang sungguh aku jadi raja sehari...macam pendekar hang tuah lak...yer la tak macam pendekar apanya kalu dah keris pun siap pasang dua lagi....hehehe.

No comments:
Post a Comment