Saturday, October 16, 2010

IHTIFAL PASTI KAWASAN TUMPAT 15/10/2010

Assalamualaikum....

Alahai...penat sungguh cuti hujung minggu nie...ingatkan bolehlah nak berehat kat rumah tapi rupa2nya tak leh juga...al maklumlah sebab banyak gak program/aktiviti yang perlu aku selesaikan. Kuliah pagi Jumaatku dah berapa lama dah tak sempat nak gi, lepas raya posa hari tu sampai sekarang nie tak leh nak gi lagi. Para pendengarku acap kali dah contact aku bila nak mula kuliah ni...tapi tu la kan nak buat macam mana?

Hari Jumaat 15/10 baru nie aku dijemput sebagai DJ bagi program Ihtifal PASTI TUMPAT yang diadakan di Pej PAS Berangan. Al maklumlah dah aku nie suara sedap macam dj radio, so ramai la orang nak aku jd dj...cewahhh...conget ekor sendiri.

Aku ingatkan program hari tu tak dapat sambutan sangat sebab kami buat pun dalam keadaan tergesa2..tapi apa yang dapat aku perhatikan begitu ramai yang hadir untuk memberi sokongan pada anak2 mereka pagi tu. Ibu bapa dan guru2 semua pakat datang sampaikan dewan pej PAS tu penuh dengan orang ramai...memang cukup meriah ler!!
Cuba la korang tengok kehadiran ibu bapa tuh..cukup ramai dan meriah sekali. Aku macam biasa la kalu dah dapat mic kat aku memang aku goreng habis la...tapi jd DJ nie memang susah skit sebab kita kena pandai cerikan majlis...kalu tak, nanti orang mengantuk.
Antara acara yang dipertandingkan pada pagi tu adalah persembahan nasyid yang disertai oleh 7 kumpulan, acara sajak pula disertai oleh 20 peserta lelaki perempuan. Ada juga pertandingan mari membaca dan berpidato..selain tu adalah pertandingan azan dan hafazan.


Johan bagi setiap ketogari yang dipertandingkan itu akan mewakili Tumpat ke pertandingan peringkat Negeri yang akan diadakan di PUTIK pada keesokan harinya. Pertandingan di peringkat negeri tuh tak sempat lak aku nak ke sana sebab kami ada buat munaqqsyah ucapan dasar di P.S 7.
Hj Rosli selaku KP PAS Kawasan Tumpat diberi penghormatan untuk merasmikan program ini...sebenarnya PASTI nie berada di bawah seliaan Pemuda PAS so, KP la yang akan merasmikan Ihtifal ini.



















No comments: