Tanggal 27 Oktober 2010 yang lalu, sekolah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Trengganu, bawa para pelajarku untuk melihat negeri orang sambil ambil apa yang boleh memberi pendedahan kepada pelajar2ku.
Ni lah sebahagaian dari para pelajarku yang mengikuti rombongan tersebut...tak ramai yang pergi...ada dalam sebuah bas sahaja.
Tempat pertama yang kami lawati adalah Muzium Negeri Trengganu...gambar nie diambil semasa kami baru sampai ke muzium tersebut.
Inilah binaan bangunan muzium tersebut...macam bangunan antik zaman dahulu kala....aku memang minat sangat dengan bangunan @ seni bina yang macam nie.
Para pelajarku sedang berjalan masuk ke muzium dengan perasaan penuh suka...harapnya mereka dapatkah mengambil pelajaran tentang apa yang bakal mereka lihat nanti.
Berbaris tunggu nak dapatkan tiket...macam nak masuk stadium lak...yerla kan perlawanan akhir Piala Malaysia nie antara Kelantan ngan Negeri Sembilan.
Bergambar kenangan di tangga muzium...sebelum masuk muzium la tu sebab dalam muzium orang tak bagi tangkap gambar.
Kami sedang menaiki keretapi mini yang bergerak membawa kami mengelilingi taman tersebut...habis pakat sengih dapat naik keretapi mini...bukannya laju sangat...
Lepas Sheikh Muzaffar, aku lah orang kedua yang akan ke bulan...tau bulan mana? Bulan maduuu....tengok la castom aku tuu...kepala ngan topi macam langit dengan bumi.
Lepas ke Taman Tamadun Islam, kami ke Planetarium pulak...ni di antara perkara2 menarik yang ada di dalamnya...
Aku mencuba satu alat pengangkat...bukan main berat lagi nak angkat Cikgu Azimah...ntah betul ntah salah cara aku angkat pun aku tak tau.
Dalam bilik tayangan di Planetarium...kami di tayangankan dengan pemandangan angkasa lepas yang menakjubkan...itulah ciptaan Ilahi Yang Maha Agung.
Destinasi kami yang terakhir iaitu Pantai Batu Buruk...aku dan guru2ku berjalan ke restoran yang sponsor kami makan petang tu iaitu Restoran NIL...cikgu2 yang lain semua salin pakaian...tinggal aku sorang je pakai baju yang sama dari pagi sampai la ke malam....suda ada bau ma !!
Inilah kali pertama kami buat rombongan melawat sambil belajar, sebab selama ni kami banyak buat kem dari lawatan, kalau ada buat lawatan pun dalam negeri aje la. Aku harap pelajar2ku gembiralah dengan lawatan ini dan dapat mengutip banyak pengalaman baru..semoga pengalaman ini dapat membantuk kalian di dalam pengajian..InsyaAllah.
Tugas kami sebagai guru hanya sebagai pendidik dan pembimbing di dalam menyampaikan ilmu, selebihnya terletak di atas usaha anda sendiri.
Tugas kami sebagai guru hanya sebagai pendidik dan pembimbing di dalam menyampaikan ilmu, selebihnya terletak di atas usaha anda sendiri.
No comments:
Post a Comment