Aku telah kehilangan nenek tercinta dua hari sebelum menjelangnya hari raya aidil fitri setelah menderita sakit tua selama hampir 5 bulan.
Nenekku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8/9/10 pada pukul 11.25 pagi dengan ditemaniku di sisinya.
Malamnya aku telah mendapat kabar dari Pengetua bahawa guru di sekolahku yang baru sebulan pencen iaitu Teacher Mahiran telah kembali ke rahmatullah akibat sejenis penyakit, masa tu kebetulan aku ada program qiamullail bersama dengan Ketua2 Pemuda cawangan. Aku mengambil kesempatan untuk menziarahinya selepas waktu Subuh setelah program kami selesai.
Selepas itu aku kembali ke rumahku untuk tidur sebentar bagi menghilang rasa menagntukku tetapi mataku tidak mahu lelap disebabkan telingaku asyik terdengar rintihan kesakitan yang ditanggung nenekku.
Aku pergi menghampirinya, dan aku melihat nenekku berada dalam keadaan yang amat nazak, ku ajarkannya ucapan syahadah dan alhamdulillah beliau mampu mengikutinya. Selepas itu aku memerhatikan nenekku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke rahmatullah dengan tenang. Aku menangis kerana kehilangan nenekku. Kematian di depan mataku akan ku ingat sampai bila2...sungguh tenang pemergiannya menyahut panggilan Ilahi.
Melihat kematian nenekku, teringat aku akan kematian abahku, juga meninggal dunia di depan mataku. Aku telah kehilangan 2 orang yang ku sayangi di depan mataku sendiri.
AL FATIHAH untuk arwah nenek, atuk serta abahku.

Semoga roh mereka ditempatkan di sisi hambaMu yang soleh...amin !!!
No comments:
Post a Comment