
Hari nie (25/9/2010) DUN Wakaf Bharu telah melakarkan satu sejarah baru apabila teah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program kerakyatan dengan nama CAKNO RAKYAT. di samping itu ada enam lagi DUN lain yang menjalankan program serupa serentak pada hari nie.
korang boleh la tengok gambar-gambar yang sempat aku ambiil masa program tu berlangsung...tengok la yer...sudi2kan la....

Antara barisan pimpinan yang hadir
Aku sebenarnya jadi penolong pengarah 1 program tersebut. emm memang penatla dok main ngan orang ramai nie. tapi alhamdulillah la, prog nie mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai.

Pakat dok tengok bebudak persembahkan silat

Dari kiri YB Dato' Kamaruddin Jaafar, Yb Che Abdullah Mat Nawi, Yb Dato' Mejar (B) Anizam.
Belakang duduk Hj Fadhlullah, Abe Aziz Mat Zain dan Aku.
Banyak la program/acara2 yang menarik yang telah disusun pada hari tu...permainan sukan rakyat la yang mendapat sambutan sekali. ada sepak likung, lari dalam guni, rebut kerusi dan macam2 lagi la.

Bebudak dok buka langkah bagi pertunjukkan silat

Aku sebagai pengerusi majlis bagi majlis perasmian

Antara motosikal klasik yang ambil bahagian
Tak ketinggalan juga ada pertandingan menghias khemah terbaik yang mana ditawarkan hadiah juga yang cukup besar iaitu johan akan mendapat sekor lembu, kedua akan dapat dua ekor kambing dan tempat ketiga akan mendapat seekor kambing. fuh!!! dengar aje hadiah yang ditawarkan tu hebat2...abis pakat berebutla puak2 nie dok hias khemah. sayangnya aku tak tau la khemah UPU mana yang terbaik sebab malam pengumuman pemenang tu aku tak de kat situ...ada hal beb.

Siap ada gambar aweks nah lagi
Di samping tu ada juga persembahan silat yang mana gimik kemuncaknya YB Dato Mejar (B) Anizam turun bersilat dengan Penghulu Kebakat ( Kampung aku la tu )Ramli Awang Teh. hebat juga Yb Kemahang nie bersilat...maklum la pesara tentera..kan?

Budak tahun 6 mempamirkan kebolehan bersilat

Buka langkah bukan silap langkah tau

Ambil gambar atas salah sebuah motosikal klasik


Aku di depan gerai komputer Eastcomputech Sdn Bhd

Mat Wahid pun ada bawa anak sekali


Ake bersama isteri dan anak-anak sedara ku, yang kecil tu baru bangun tido..mamai lagi tuh

Antara tetamu yang hadir pada HARI CAKNO RAKYAT DUN WAKAF BHARU...kat belakang sana lagi ramai

Antara bebudak yang ambil bahagian dalam sukan rakyat...RANTAI BULAN

Bersama Ustaz Azhar, Imam yang menikahkan aku dulu...muda lagi tuh

Antara hamper yang disediakan untuk cabutan bertuah


YB Che Lah bersalamana dengan pesilat-pesilat

Pemain alatan silat di belakang tabir

Aku beristirehat bersama DJ program saudara Tajuddin.
No comments:
Post a Comment